Tuesday, July 8, 2008

Angkasa mesti ada pemimpin baru

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) ditubuhkan sejak 37 tahun lalu. Angkasa yang dipimpin Prof Diraja Ungku Aziz berjaya membina imej sehingga memberikan impak besar terhadap sektor kewangan negara menerusi beribu-ribu koperasi yang dinaunginya.

Kini, Angkasa mengurus transaksi kewangan purata RM1 juta sehari dan memiliki aset terkumpul berjumlah RM 3.5 bilion dengan mencecah sejuta ahli.

Selama Angkasa beroperasi, tidak pernah timbul masalah sehingga akhbar melaporkan berita pemecatan Pak Ungku sebagai Yang Dipertua yang tidak diiktiraf Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Anggota koperasi tentu tertanya-tanya; tak ada angin, tak ada ribut, bila pula Pak Ungku dipecat? Siapa yang memecat dan mengapa dipecat? Bukankah Pak Ungku dinobatkan sebagai Yang Dipertua seumur hidup?

Rupa-rupanya tempias kemelut politik negara turut memberi kesan kepada Angkasa. Selama ini tiada siapa tahu ada kemelut dalam bentuk tertentu berakar umbi dalam Angkasa. Walaupun berita dipapar itu menunjukkan pemecatan Pak Ungku tidak sah, yang pasti ‘tiada angin, masakan pokok bergoyang’.

Apakah Angkasa, khususnya dan gerakan koperasi negara perlu direformasi? Soalan ini sebenarnya dijawab Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ketika lawatannya ke Jepun.

Pak Ungku adalah tokoh pemikir ekonomi Melayu paling hebat. Siapa boleh menafikan ideanya sehingga tertubuhnya Tabung Haji dan Angkasa itu sendiri. Pak Ungku melalui majalah Pelancar (terbitan Jabatan Koperasi) keluaran Jun itu menjawab tujuh pertuduhan yang membawa kepada pemecatannya.

Ternyata ada logik dalam jawapannya. Namun, ada juga logik dalam semua pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Jadi, sebagai anggota biasa dalam gerakan koperasi, siapa yang harus kami percaya sekarang ini? Siapa sebenarnya yang salah laku? Kami tidak mahu kerana ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’. Selamatkah aset kami yang mencecah berbilion itu?

Saya fikir, seperti suara dalam senario politik negara yang mahukan transformasi dilakukan, khususnya dengan memberi lebih peluang kepada golongan muda dan yang masih segar serta bertenaga untuk menampilkan bakat kepemimpinan, Angkasa perlu melakukan perubahan sama.

Pak Ungku sudah hampir empat dekad memimpin Angkasa dan gerakan koperasi. Sudah sampai masanya, Pak Ungku memberi peluang kepada generasi pelapis untuk menerajui Angkasa. Bagi kebanyakan anggota, permintaan ini bukan bermakna Pak Ungku tidak relevan lagi, tetapi jika tidak diasuh dan diuji kepemimpinan baru, apa akan jadi apabila Pak Ungku sudah tiada nanti.

Sementara Pak Ungku masih ada, sebarang keterlanjuran boleh Pak Ungku tegur.

Jika perlu Pak Ungku mengambil alih semula, itu masih boleh dilakukan. Tempoh 37 tahun memimpin Angkasa menjadikan Pak Ungku seorang yang sangat pakar dalam hal kepemimpinan Angkasa. Setiap tindak-tanduk sumbang yang berlaku, Pak Ungku boleh memperbetulkan.

Kita harus menerima hakikat, dengan aset begitu banyak dan keanggotaan besar, Angkasa sedikit sebanyak berjaya membawa orang Melayu keluar daripada belenggu kemiskinan.

Orang Melayu kini sudah boleh bersaing dengan kaum lain dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi dan taraf Bumiputera.

Berita Harian (09 July 2008)

DR SHARIFUDIN LUBIS,
Universiti Putra Malaysia
Serdang, Selangor.

Friday, June 27, 2008

Menjawap Sidang Akhbar Dan Tulisan U.AZIZ Dari Ahli Perhatin Angkasa

Mungkin sebahagian masyarakat Malaysia menilai U.Aziz sebagai tokoh ekonomi dan koperasi, selalu dijemput memberi pandangan di TV tetapi disebaliknya beliau bersembunyi di belakang topeng dan beliau sanggup berbohong untuk menutup kelemahan terutama hubungan intim dengan Rahaiyah yang boleh dibuktikan. Kita hormat manusia kerana keilmuan dan keAlimannya tetapi U.Aziz boleh dipersoal berkenaan kepercayaannya iaitu “Kerdiani” ???? dan akhlaknya.

Beliau sanggup munafik dengan menuduh orang lain salah guna kuasa dan menyeleweng tetapi hingga hari ini tuduhan itu tidak punya bukti. Kenapa masyarakat boleh diperbodohkan (tertipu) adakah kerana U.Aziz dilabel professor yang tersohor ???? Sebenarnya U.Aziz terperangkap dengan komitment untuk bawa masuk Rahaiyah ke dalam Angkasa tetapi gagal, kali kedua semasa pemilihan NYDP tahun 2007 walaupun berbagai tektik kotor seperti memaksa kop. sekolah untuk hadir sebagai perwakilan. Banyak ongkos disumbang oleh U.Aziz kepada Rahaiyah untuk berkempen ke seluruh negara. Ababila Rahiayah K.O. sekali lagi U.Aziz berdendam dengan Dr.Ali dan Armi lalu merancang dan membuat tuduhan mereka berdua menipu, menyeleweng dan salah guna kuasa. Itulah U.Aziz yang penuh dendam kesumat terhadap teman seperjuangan dan orang bawahan. Waspadalah orang tua ini sudah nyxxxxk. Tulisan ini bukan untuk memburuk U.Aziz tetapi menyangah tulisan beliau yang menjatuh maruah orang di Akhbar pada 13 Jun 2008 dan Pelancar.

U.Aziz terdesak dan moralnya sangat rendah sehingga sanggup mengupah orang mencari apa saja bukti yang boleh disabit kesalahan Dr.Ali dan Armi. U.Aziz sanggup mengupah orang menguna kekerasan sehingga sampai mengacu PISTOL kepada pegawai Angkasa (Dibuktikan dengan laporan polis) dan sanggup merasuah (dengan mewakil kepada Rahaiyah). SKM yang dipertanggungjawap sebagai pendaftar dan pembimping koperasi, adalah badan yang lemah dan takut kepada orang atasan dan sanggup bersekongkol untuk menyalah kumpulan Dr.Ali lalu berselindong dengan keputusan “pemecatan U.Aziz didapati tak sah kerana salah teknik” tapi hakikatnya disegi demokrasi dan moral memang U.Aziz sudah dipecat dari Angkasa dan kalah. Kalau ada maruah eloklah U.Aziz belah……..Kes yang identical ialah Dato Ahmad Gazi dipecat oleh U.Aziz tapi SKM/JPK berdolak dalik membuat keputusan tidak memberi kemenangan kepada Dato Ahmad Gazi. Tak adil?????? Tapi tabik hormat kepada YB Menteri Dato Noh yang berpendirian tegas dan jujur telah membuat keputusan berani dan adil kepada Dr.Ali dan Armi. Mana muka nak ditaruh oleh orang tua itu bila Menteri tak mau ikut cakap beliau!!!!!!!!!!!

Kenapa U.Aziz mendedah isu ini dalam Pelancar dan Akhbar dan menghentam kumpulan Dr.Ali walhal SKM memberi kemenangan kepada U.Aziz dan pihak Dr.Ali sanggup berdamai. Mereka telah menutup aib U.Aziz dengan mendiam diri. Oleh kerana U.Aziz membuka balik pekong, tentu sekali beliau bersedia untuk menerima tindak balas dan “attack”. Masyarakat tidak tahu U.Aziz punya dendam kesumat dan terlibat dengan kegiatan yang tak bermoral. Hanya dikalangan orang yang rapat sahaja tahu. Isu yang diketengahkan oleh kumpulan Dr.Ali hal ringan2 saja kerana tak mau memalukan U.Aziz. SKM hanya melihat pertuduhan yang ringan terhadap U.Aziz tetapi hakikatnya apa yang tercatat di sini adalah yang dipertikaikan. U.Aziz telah mencabar dan mamaksa untuk didedah sekarang.

1. Tahukah tuan2 ahli Angkasa U.Aziz menyalahguna kuasa melindungi dan bersubahat dengan Rahaiyah membelanja ratusan ribu ringgit melalui tuntutan dalam dan luar negeri yang direka mereka (JPK boleh mengesahkan).

2. Tahukah tuan2 U.Aziz dan Rahaiyah mengambil kesempatan untuk berintim semasa menghadiri seminar dan forum di dalam dan luar Negara beberapa tahun kebelakang ini.

3. Tahukah tuan2, setiap tahun lebih dari sejuta ringgit dibayar kepada KKUM (Koperasi U.Aziz dan Datok Ali Hassan) melalui pemberian bisnes tanpa tender seperti pembelian tiket k/terbang, peralatan, buku dan catering.(JPK takut mengambil tindakan walaupun salah guna kuasa).

4. Tahukah tuan2, Datok Ali Hassan dan Nasir sedang berbelanja sakan duit Angkasa, berkempen ke seluruh Negara untuk memenangkan kumpulan U.Aziz. Segala penyelewengan ditutup oleh U.Aziz.

5. Tahukah tuan2, U.Aziz cuba memasukkan Rahaiyah dan Said Kardis sebagai Juruodit Dalam dan menyingkir JD yang dilantik oleh ahli.

6. Tahukah tuan2, Angkasa sudah lari dari matlamat membantu ahli dan tersasar dari kehendak dan dasar Kementerian iaitu rancangan koperasi bergiat dalam usahawan. Angkasa mesti ikut telunjuk dan kepala otak berkarat U.Aziz sahaja.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi hidayah dan pertunjuk untuk Dr.Ali dan sahabat2nya (dan barang siapa beriman kpd.Allah nischaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya), setelah menghidu agenda U.Aziz untuk menyingkir mereka, menguna balik senjata yang ada dalam Angkasa iaitu demokrasi (Undi 9 lwn.4) untuk melawan nafsu serakah U.Aziz dan mengasing diri dari perlakuan dan tindak tanduk kemaksiatan yang menyalahi Agama.

Friday, June 13, 2008

Pemecatan Ungku Aziz tak diiktiraf

KUALA LUMPUR: Pemberhentian Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof Diraja Ungku Aziz, 24 Mac lalu tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sekali gus memerintahkan Jawatankuasa Tertinggi (JTK) Angkasa mengekalkan jawatan tokoh veteran yang juga pengasas koperasi itu, berkuat kuasa 5 Mei lalu. Ungku Aziz dilucutkan jawatan yang dipegang sejak Angkasa ditubuhkan pada 1971 atas tujuh pertuduhan memudaratkan Angkasa, disusuli usul undi tidak percaya, diketuai dua anggota kanan JTK yang sedang disiasat oleh tokoh veteran itu.

Dalam temu bual eksklusif bersama Berita Harian semalam, beliau berkata tindakan melucutkan jawatan itu dilakukan kerana ada pihak gelisah dengan tindakannya menubuhkan jawatankuasa menyiasat salah laku dua anggota kanan JTK dan beberapa kakitangan Angkasa.

“Saya tidak akan berdiam diri dan melihat apa yang dibina selama 37 tahun dimusnahkan segelintir individu yang tidak amanah. Saya membuat pendedahan ada percanggahan kepentingan membabitkan dua anggota kanan JTK seawal 25 Januari lalu dan akan teruskan siasatan terhadap semua yang terbabit.

“Namun, saya tidak menggantung jawatan atau memecat mereka, sebaliknya ditukar ke bahagian lain tetapi mereka pula terus menyingkirkan saya tanpa memberi peluang membela diri. Sehubungan itu, saya menjawab tujuh pertuduhan yang mereka buat dalam majalah Angkasa, Pelancar edisi Jun tahun ini. “Tindakan menghentikan saya hanya cubaan menghalang saya meneruskan siasatan salah laku, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam Angkasa tetapi saya akan teruskan demi kepentingan koperasi ini secara umum,” katanya.

Bagaimanapun, Ungku Aziz enggan mendedahkan jumlah sebenar yang terbabit atau apa kesalahan itu melainkan memberi jaminan akan mendedahkan semua bukti apabila sampai masanya demi kepentingan kira-kira sejuta ahli Angkasa dengan anggaran aset terkumpul RM3.5 bilion.

Katanya, Angkasa menguruskan transaksi kewangan purata hampir RM1 juta sehari dan setiap anggota pentadbiran dan pengurusannya harus jujur, telus dan amanah dalam melaksanakan tugas supaya hak, kepentingan serta kebajikan ahli tidak tergadai.

Selain itu, Angkasa bertanggungjawab terhadap operasi kira-kira 1,000 koperasi sekolah di seluruh negara yang menjadi asas memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar, sekali gus mempersiapkan mereka dalam asas perniagaan.

Sunday, June 1, 2008