KUALA LUMPUR: Pemberhentian Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof Diraja Ungku Aziz, 24 Mac lalu tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sekali gus memerintahkan Jawatankuasa Tertinggi (JTK) Angkasa mengekalkan jawatan tokoh veteran yang juga pengasas koperasi itu, berkuat kuasa 5 Mei lalu. Ungku Aziz dilucutkan jawatan yang dipegang sejak Angkasa ditubuhkan pada 1971 atas tujuh pertuduhan memudaratkan Angkasa, disusuli usul undi tidak percaya, diketuai dua anggota kanan JTK yang sedang disiasat oleh tokoh veteran itu.
Dalam temu bual eksklusif bersama Berita Harian semalam, beliau berkata tindakan melucutkan jawatan itu dilakukan kerana ada pihak gelisah dengan tindakannya menubuhkan jawatankuasa menyiasat salah laku dua anggota kanan JTK dan beberapa kakitangan Angkasa.
“Saya tidak akan berdiam diri dan melihat apa yang dibina selama 37 tahun dimusnahkan segelintir individu yang tidak amanah. Saya membuat pendedahan ada percanggahan kepentingan membabitkan dua anggota kanan JTK seawal 25 Januari lalu dan akan teruskan siasatan terhadap semua yang terbabit.
“Namun, saya tidak menggantung jawatan atau memecat mereka, sebaliknya ditukar ke bahagian lain tetapi mereka pula terus menyingkirkan saya tanpa memberi peluang membela diri. Sehubungan itu, saya menjawab tujuh pertuduhan yang mereka buat dalam majalah Angkasa, Pelancar edisi Jun tahun ini. “Tindakan menghentikan saya hanya cubaan menghalang saya meneruskan siasatan salah laku, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam Angkasa tetapi saya akan teruskan demi kepentingan koperasi ini secara umum,” katanya.
Bagaimanapun, Ungku Aziz enggan mendedahkan jumlah sebenar yang terbabit atau apa kesalahan itu melainkan memberi jaminan akan mendedahkan semua bukti apabila sampai masanya demi kepentingan kira-kira sejuta ahli Angkasa dengan anggaran aset terkumpul RM3.5 bilion.
Katanya, Angkasa menguruskan transaksi kewangan purata hampir RM1 juta sehari dan setiap anggota pentadbiran dan pengurusannya harus jujur, telus dan amanah dalam melaksanakan tugas supaya hak, kepentingan serta kebajikan ahli tidak tergadai.
Selain itu, Angkasa bertanggungjawab terhadap operasi kira-kira 1,000 koperasi sekolah di seluruh negara yang menjadi asas memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar, sekali gus mempersiapkan mereka dalam asas perniagaan.
Friday, June 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
orang macam ini masih boleh menerajui angkasa? suruh dia berambus lah. Dah tua-tua masih berfoya-foya. kalau perempuan tu cantik ok lah. tapi perempuan tu dah umur 60tahun. haih.... u berminat ke?
apelah kutuk2 ni.. mcm budak kecik..
Post a Comment